Tuesday, December 23, 2008

terlalu lama rasanya tak berkunjung ke teratak kupu-kupu ni.bukan sengaja ditinggalkan tapi diuji dengan seulas kesibukan menyiapkan projek untuk tesis nanti.pagi tadi baru sampai dari terengganu.penat pun masih belum hilang lagi.tapi demi A,terpaksa gagahkan juga kaki untuk ke lab.banyak lagi kerja-kerja yang belum dan perlu disiapkan.

alhamdulillah akhirnya lulus juga ujian memandu.hehe.walaupun dah masuk kali ketiga baru lulus,tapi syukur alhamdulillah.betapa manisnya sebuah penantian itu walaupun terpaksa menunggu untuk masa yang agak lama.maklumlah kawan-kawan yang seangkatan di sekolah memandu semuanya dah lulus.tinggal kupu-kupu je yang masih terkial-kial merempuh halangan dalam litar perjuangan.hehe..terima kasih ya Allah..terima kasih kerana memberiku peluang merasai betapa nikmatnya sebuah penantian...

bercerita mengenai kegagalan...sangat luas untuk dibahaskan dan dibuat ulasan.seringkali kita diuji Allah dengan kegagalan yang pelbagai.kegagalan dalam pelajaran,bahkan kegagalan dalam bercinta dan mendapatkan kasih sayang.begitupun,kegagalan yang dilalui bukanlah suatu nokhtah untuk kita mengakhiri kehidupan yang dipinjamkan Allah ini dengan kesedihan dan penderitaan.sebaliknya,terimalah kegagalan tersebut dengan redha dan bangkitlah semula menyusun langkah supaya langkah seterusnya tidak tersasar lagi.bahkan lebih baik dan mampu sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya.lihatlah dan kajilah setiap kegagalan yang dilalui dengan hati yang telus.pandanglah kegagalan tersebut dengan jiwa yang optimis.kerana di sebalik sebuah kegagalan itu tersimpan berjuta-juta kejayaan dan kebaikan dari pintu-pintu lain yang masih tertutup.dan..kunci untuk membuka setiap pintu kejayaan yang masih tertutup itu ada pada diri kita sendiri..

selamat menjelajah erti sebuah kegagalan...terbanglah menerjah awan mencari kunci pintu kejayaan...