Tuesday, April 21, 2009

ya Allah..


Sebaik mana pun kita cuba untuk berbaik dengan semua orang, kita takkan dapat puaskan hati semua orang.....Rasulullah s.a.w yang merupakan sebaik-baik manusia pun masih ada juga manusia yang tidak suka, inikan lagi kita umatnya yang hina dan penuh dosa.

sepuluh org yg kita kenal,1 yg blh terima kita pun dah jauh lebih baik dari tak ada langsung yang sudi berbaik dengan kita. jadi,tenanglah wahai hati andai diuji dengan ujian sebegini.

usah gelisah bila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia.tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tak ada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti...

semoga semua ditenangkan hati...

Monday, April 6, 2009

sesukar manapun laluan ini..
teruskanlah melangkah dan melangkah tanpa henti..
jangan matikan langkah biarpun sesaat..
lantaran sesaat itu membawa seribu makna..
tersirat dan tersurat..

k mi..k da..
teruskan langkah
untuk ke garisan penamat..

# k da, cari helang merah untuk kupu-kupu ya

diam

diamlah kupu-kupu..
andai diam itu lebih baik untukmu..
andai diam itu membawamu pada lebih manfaat berbanding mudarat..
maka usahlah segan memilih untuk diam...
tidak salah untuk diam andai itu yang terbaik..

duhai si helang merah..
teruslah menduga hati kupu-kupu..
andai itu bisa mencalit setitis kebahagiaan..
buat bekalan di masa mendatang..

Tuesday, March 17, 2009

kesusahan dan kasih sayang...

artikel ni saya copy dari blog zulyunus. semoga dapat berkongsi sedikit ilmu..

Oleh: Siti Yusrina Nadihah

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!

Tarbiyah Allah swt memerlukann penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara rahsia sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.

Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.

Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup.. Fitrah manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.

Tikamana diri kita diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya diri kita dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi benteng kita daripada godaan syaitan dan nafsu kita yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikan kita. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan diri kita. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri kita pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda hasil daripada apa yang dilakukannya.. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.

Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan… Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hati yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt pada kita agar hati kita sentiasa bertaut rindu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidup kita.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa kita. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupan kita sepenuhnya pada Allah swt setelah kita iringi dengan usaha. Pasti suatu hari nanti, diri kita akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah kita mengetahui itulah yang terbaik untuk diri kita. .. SubhanALLAH walHamdulillah..

Wednesday, February 18, 2009

Belajar untuk memaafkan..

adakah salah sekiranya berkecil hati dengan tindakan orang lain yang menuduh tanpa memikirkan perasaan orang yang dituduh?menuduh sesuatu yang bukan kita lakukan,bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima..tapi itulah namanya ujian.moga kepahitan ini akan berakhir dengan kemanisan.semoga kepahitan ini memberikanku pengalaman baru untuk dijadikan senjata dan kekuatan di masa depan..amin....ya Allah..ujilah hati ini..moga aku sentiasa dalam pandanganMu..moga ujian ini akan mendekatkan lagi aku padaMu..

k mi kata hidup ini kita yang indahkannya.jadi jika kita mahukan hidup ini indah,corakkanlah dengan keindahan.maka indahlah yang kita dapat..terima kasih k mi.

aku belajar untuk menerima dengan sabar dan memafkan orang yang melakukan tuduhan tersebut.terima kasih kerana memberikan aku peluang mendapatkan pahala free..

aku diberi pengalaman dan ilmu baru hadiah dari Allah yang Maha Esa dan Maha Penyayang.belajar untuk menerima dan memafkan.belajar untuk terus tersenyum walaupun mata digenangi air mata..dan belajar untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan..

semoga buah kesabaran sentiasa bertambah dan bercambah di dalam raga jiwa yang dihiasi kelopak bungaan ketenangan...amin