Monday, November 24, 2008

hati terdetik sayu bila tengok ada kawan2 yang angkat beg,usung kotak2 nak balik rumah.seronoknya dapat balik rumah luang masa ngan family.dapat jumpa mak,abah,adik2,tok,toki...emm..indahnya saat2 tu.

ini adalah kali pertama kene stay kat kolej masa orang lain sibuk balik kampung.maklumlah sebelum ni habis je exam,mesti tak nampak dah bayang saya kat kolej..tiket pun siap beli sebulan awal lagi nak balik..bila nak datang balik punya la liat.malam ni nak naik bas,petang tu sempat lagi tanya mak abah "bleh ke kalu dok gi lagi um?"hehe.

rindunya nak menatap wajah yang tersayang..mak..abah..adik2...rindunya pada kalian...

Friday, November 21, 2008

UjiAn HiDuP



Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :

1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)


Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu.


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

30 Perkara Tentang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

BErAkhIRnyA SebUaH pEnaNTiAn..

alhamdulillah..
akhirnya saat yang ditunggu tiba juga.dan ketibaannya sebelum 31 Disember 2009.betapa cepat masa itu datang.begitu cepat masa itu datang.hari ini 21 November 2008...terima kasih ya Allah.keputusan tu walaupun datang sebelum waktu yang dirancang,tapi kesannya menempati setiap saluran pembuluh darah sehingga menusuk ke tangkai hati..penantian itu telah sampai ke destinasinya..

ya Allah..semoga ujianMu ini memberikanku lebih kekuatan,kesabaran dan ketabahan untuk terus melangkah dan melangkah di masa hadapan.kadang-kadang aku lemah dalam meneruskan hidup ini.tp aku sentiasa dipermudahkan olehMu..terima kasih wa syukr lillah..

kuatkan aku ya Allah..
pinjamkanku kekuatan untuk teruskan perjuangan hidup ini ya Allah..

buat bunga Jordan..terima kasih ats pertolongan n bantuan itu.mg Allah gandakan lagi kebahagiaan dan rahmat sepanjang meniti perjalanan detik waktu yang masih tersisa..

buat k mi dan maryam..terima kasih ats kata2 semangat dan titipan doa itu.bantulah su untuk bangkit semula..semoga kalian berdua beroleh kebahagiaan dunia akhirat..tahniah yam sb dianugerahkan oleh Allah hadiah yang paling mahal yang sedang terikat teguh di rahimmu ketika ini.

dan...buat someone yg dah jadi kenangan,terima kasih atas segala kegembiraan dan bahagia yang pernah menghias dan singgah dalam diari hidup kupu-kupu yang lemah ini.mg bahagia menjadi milikmu abadan abada..

jangan disesali takdir Allah..tapi berbanggalah kerana terpilih untuk diuji Allah..apapun yang berlaku..sandarkan segalanya pada Allah..kerana Dia...PEMILIK SEGALA HATI MANUSIA...