kupu-kupu dah ditag oleh sahabatnya dari teratak rahsia lukisan hati.hehe.jenuh jugak nak cukupkan 7 item yang nina nak ni.dah lama ditag tapi baru sekarang boleh siap.maafkan saya ya cik nina sayang.hihi...ish2..sibuk betul si kupu-kupu ni...:)
1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda
#tenang wajahnya.emm bukan apa.biarlah sejuk di mata dan sejuk di hati bila
kupu-kupu pandang.
#tak hensem pun takpe.dan kalau boleh tak nak la yang hensem ni.sebab kupu-kupu
ni jeles sikit.penat nanti dia kena pujuk.ish2 apalah kupu-kupu ni.hihi
#sama macam nina.mg bakal suami yang akan dijadikan kekasih ni boleh terima
kupu-kupu dan keluarganya seadanya.kupu-kupu terlalu banyak kurangnya.jadi dia
mesti bersedia untuk terima setiap kekurangan itu setelus dan sejujurnya.
#suka senyum..sebab senyum kan sedekah.nanti nak sedekahkan dia ngan senyum yang
banyak dan nak terima sedekah senyum darinya sepanjang hayat.moga berpanjangan
juga senyuman tu ke negeri akhirat yang jauh lebih kekal abadi.
#nak tengok iman,mungkin suatu yang sukar sebab kita selalu tertipu dengan
penampilan luarannya sahaja.jadi kupu-kupu mengimpikan seorang yang istiqamah
dalam solatnya dan insyaallah semuanya akan terpancar melalui cahaya di wajahnya
yang qurrata a'yun sebagaimana ciri-ciri yang pertama dalam senarai.hihi..
#suka tengok orang ada lesung pipit.tapi kalau tak dapat pun takpe.hihi
#suka orang yang selalu nasihatkan kupu-kupu,tak segan nak tegur bila kita
salah.sebab kadang-kadang ada sesetengah tu bila dah sayang,takut nak tegur
silap kita.alasannya untuk menjaga hati.rasanya itu tidak menepati syarat orang
yang berkasih sayang kerana Allah.tapi jangan la tegur depan-depan orang lain
sebab kupu-kupu ni cepat je berubah air mukanya dan sekaligus terpancarlah
emosinya di kala itu.hehe.tegurlah dengan cara yang paling berhikmah.kerana
kelembutan adalah lebih sesuai.
2. 7 lelaki / wanita yg pernah anda minati.
#first sekali mesti la Rasulullah SAW..
#abah yang tersayang
#ketiga ni...emm...someone dalam kenangan..hihi
#keempat hingga ketujuh mestilah suami yang akan dijadikan kekasih dan telah sah
di sisi syariat.hihi..coming soon la agaknya.soon bila pun tak tau.:)
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
yang ni macam tak berkaitan.jadi tak boleh dijawab kecuali setelah keluar
bersamanya bila dah sah dalam akad.hihi
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
#mekah al mukarramah
#kampung kupu-kupu dan kampung dia.tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
kampung halaman sendiri.hihi.mengarutnya kupu-kupu ni.
#suasana bila hujan dan selepas hujan.walaupun kupu-kupu susah nak terbang bila
hujan,tapi nak manfaatkan masa tu dengan dia tengok hujan dan suasana segar
lepas hujan sama-sama.kupu-kupu berangan lagi.hihi
#tempat lahirnya huffaz
#rumah anak yatim
#taman kupu-kupu dan rama-rama.hihi
#tempat yang dia pernah jatuh dan tempat di mana dia bangkit semula
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
#Al-Quran
#hati yang sarat dengan kasih sayang.hihi.jiwangnya kupu-kupu
#buku-buku
#tulus dan telus
#anak-anak yang soleh solehah insyallah
#masakan dan hasil air tangan sendiri
#senyuman yang tak lawa tapi lahir dari keikhlasa.hihi
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
tak reti nak nyanyi.hehe.jadi kena bukak lapatop atau radio bagi dia
dengar.hihi.semua lagu pun boleh ditujukan.hihi
.::Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia ini tidak boleh dilihat..tidak boleh dipegang..Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati::.
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam merah jambu ;-)
ReplyDeletedunia ini sgt sementara...biarlah kita jadikannya permainan dan jgn kita dipermainkan...perkara yg terindah adalah perkara yg tidak kita kesali lalu Allah pula meredhai...maka 'salam Allah' jualah perkara terindah...bagaimanakah rupanya salam Allah itu? pastinya lebih indah dari apa yg kita bayangkan...ke marilah wahai kupu-kupu merah jambu...bawalah senyum manismu dan akan aku ceritakan kpdmu diselangi senyumanku padamu...moga kau akan mengerti ;-)