Saturday, January 10, 2009

luahan rasa kupu-kupu

kupu-kupu makin menjauh dari terataknya.em..kenapa ya?nak dikatakan sangat sibuk tu tak juga.nak kata tak sibuk pun tak juga.tapi mungkin disebabkan pengurusan masa yang masih di tahap yang kurang memuaskan..apapun kupu-kupu akan terus berusaha untuk lebih maju ke hadapan dengan menoleh sedikit ke belakang sebagai mengambil pengiktibaran agar tidak mudah jatuh lagi bila mula melangkah untuk entah kali yang ke berapa.

hampir tiga tahun berkampung di Universiti Malaya, terlalu banyak kenangan dan pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui.kadang-kadang pengalaman orang lain pun boleh kita jadikan panduan untuk kita lebih berhati-hati dalam mencorakkan kehidupan kita.kita selalu dengar orang kata pengalaman itu guru paling baik pada kita.tapi bagaimana pengalaman boleh jadi guru kita sekiranya setiap yang berlaku tidak dihayati,didalami dan tidak dikaji sedalamnya.mampukah kita untuk mencapai hikmah di sebalik kemanisan sebuah pengalaman pahit tu?

kawan...sahabat..rakan..
berada di sini,kupu-kupu mengenali apakah maknanya setiap istilah di atas.antara kawan,sahabat dan rakan serta perkataan lain yang sama waktu dengannya,siapakah sebenarnya yang kita mahukan.tentunya orang akan menjawab mahukan seorang sahabat kan.bahkan selalu kita dengar seorang sahabat lebih baik daripada mendapat sepuluh kawan.emm..agaknya kenapa ye?

kupu-kupu terbang lagi menerjah awan mencari apa ertinya sebuah persahabatan.beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya dan berlegar-legar mencari jawapan.kupu-kupu penat mencari jawapan untuk setiap soalan yang ada..ya Allah..kuatkan aku untuk terus berjuang...

-perlukah berbohong dan menipu dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain?
-kenapa ada kawan yang dah terang lagi bersuluh dia bersalah,tapi masih lagi tegar mencari alasan untuk menyalahkan orang lain?
-adakah cukup seribu alasan untuk menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri?
-bila ada orang berjanji dengan kita,tapi sengaja melanggar janji dan kurang usaha untuk menunaikan janji itu...what should we do?

............banyak lagi persoalannya.to be continued..................

kesimpulan pertama yang dah tersimpul..
"
untuk mendapat sahabat dan kawan yang baik,langkah pertama ialah berusaha untuk tampil sebagai sahabat dan kawan yang terbaik dulu untuk diri sendiri"


ya Allah..tenangkan hati-hati ini dalam meneruskan ujianMu..teruslah uji hati-hati ini andai dengan ujian yang kau hadiahkan ini dapat membawaku untuk terus dekat padaMu ya Allah..pimpinlah hati ini untuk terus berada di dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangMu...

4 comments:

  1. salam...
    semoga satu hari nanti kak su dapat merasai kmanisan kesabaran,insyaAllah,,,cz Allah sentiasa menepati janjiNya...tabahkan hatimu wahai kupu-kupu yang sentiasa mewarnai hidup wana n selalu ada d wak2 senang n susah wana..terima kasih kak su..

    ReplyDelete
  2. Salam buat kupu-kupu solehah~

    Sesungguhnya hidup ini dipenuhi dengan rantaian ujian dari-Nya. Ujian itu tarbiyah. Andai terputus rantaian itu, terputuslah tarbiyah kita. Nauzubillah.

    Persoalan takkan pernah habis. Bukan jawapan tepat yang dicari. Tapi pelajaran disebaliknya yang digunapakai. Semoga Su dapat mencari hikmah disebalik semua ini.

    p/s: Maaf ya Su, andainya dla pernah mengguris hati kecil Su. Thanks for being such a wonderful friend to me. (",). Take care!

    ReplyDelete
  3. salam mardhatillah..

    wana comey,
    insyaallah dik.k su doakan wana juga diberi kemanisan di sebalik setiap kepahitan yang dilalui. mg ukhuwwah kita sentiasa berpanjangan.terima juga sebab sentiasa jadi penghibur di C218.

    rama-rama fillah..
    terima kasih atas komentar yang diberikan.hari ini su belajar lagi sesuatu yang baru.Thanks for being such a wonderful friend to me 2..
    sayang dila:)

    ReplyDelete
  4. salaman salama...

    andai aku di sana bersamamu menjadi kupu kupu merah dan putih...
    kita merasakan ujian y kita tempuhi terlalu berat sedang ujian itu hanya rempah ratus dalam kawah lauk y dimasak...mcm2 rasa y x mampu dizahirkan utk diperlihat mata...ujian berat dari Allah utk kekasihNya Muhammad lebih berat dari apa y kite lalui...secara mantiqnye wajarkah seorang kekasih diberikan kesakitan kepayahan dan kesengsaraan? andai kau kupu-kupu merah jambu,dtg kepadaku mengeluh kesakitan kepala pun sudah gusar hatiku mencari ubt utk merawatnya...inikan pula y lebih berat kpd Muhammad...andai aku dalam keadaan susah di sana bersama2 Rasulullah dulu pasti aku tidak akan dan tidak berani mengeluh walau dengan mendengus sekalipun kerana aku tahu ujian Rasul Muhammad itu lebih berat...di yatim piatukan ia...di ambil isteri dan bapa saudara tersayang serentak serta di uji dengan tentangan bertali arus...ketahuilah wahai kupu-kupu merah jambu...sesungguhnya kau lebih bertuah dariku...hidupmu lebih indah dariku...aku tidak memiliki apa y kau miliki...y aku ada hanyalah sebuah kehidupan y penuh dengan ujian Allah dan hatiku masih belum mampu tersenyum...kepercayaanku hanya Allah Rasul dan diriku walau terkadang aku tergelincir dari perintahnya...moga Allah mengampuniku dan menjadikan aku 'sesuatu' hasil dari seluruh ujianNya "ya Allah...aku terima ujianMu dengan sepenuh hatiku dengan pengalaman pemberianMu tunaaaaaaiiii...."
    "...maka bersyukurlah dirimu wahai kupu-kupu merah jambu kerana Allah akan tambah nikmatNya kepada hambaNya y bersyukur dan melontarkan azab y pedih buat mereka y kufur..." Insyaallah...ku doakan kau sentiasa bahagia...dilindungi Allah dari sebarang malapetaka...sentiasa dalam pandangan rahmatNya dan diperkenankan segala hajatmu...mulai saat ini yakinlah pada Allah Rasul dan dirimu seteguhnya...tiada siapa y mampu mengubah diri kita melainkan diri itu sendiri...aku pasti kau akan berjaya ;-)

    salam manis buatmu...

    ReplyDelete