Tuesday, April 21, 2009
ya Allah..
Sebaik mana pun kita cuba untuk berbaik dengan semua orang, kita takkan dapat puaskan hati semua orang.....Rasulullah s.a.w yang merupakan sebaik-baik manusia pun masih ada juga manusia yang tidak suka, inikan lagi kita umatnya yang hina dan penuh dosa.
sepuluh org yg kita kenal,1 yg blh terima kita pun dah jauh lebih baik dari tak ada langsung yang sudi berbaik dengan kita. jadi,tenanglah wahai hati andai diuji dengan ujian sebegini.
usah gelisah bila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia.tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tak ada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti...
semoga semua ditenangkan hati...
Monday, April 6, 2009
diam
diamlah kupu-kupu..
andai diam itu lebih baik untukmu..
andai diam itu membawamu pada lebih manfaat berbanding mudarat..
maka usahlah segan memilih untuk diam...
tidak salah untuk diam andai itu yang terbaik..
duhai si helang merah..
teruslah menduga hati kupu-kupu..
andai itu bisa mencalit setitis kebahagiaan..
buat bekalan di masa mendatang..

Tuesday, March 17, 2009
kesusahan dan kasih sayang...
artikel ni saya copy dari blog zulyunus. semoga dapat berkongsi sedikit ilmu..
Oleh: Siti Yusrina Nadihah
Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!
Tarbiyah Allah swt memerlukann penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara rahsia sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.
Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.
Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup.. Fitrah manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.
Tikamana diri kita diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya diri kita dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi benteng kita daripada godaan syaitan dan nafsu kita yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikan kita. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan diri kita. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri kita pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda hasil daripada apa yang dilakukannya.. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.
Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan… Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..
Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hati yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt pada kita agar hati kita sentiasa bertaut rindu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidup kita.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa kita. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupan kita sepenuhnya pada Allah swt setelah kita iringi dengan usaha. Pasti suatu hari nanti, diri kita akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah kita mengetahui itulah yang terbaik untuk diri kita. .. SubhanALLAH walHamdulillah..

Wednesday, February 18, 2009
Belajar untuk memaafkan..
adakah salah sekiranya berkecil hati dengan tindakan orang lain yang menuduh tanpa memikirkan perasaan orang yang dituduh?menuduh sesuatu yang bukan kita lakukan,bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima..tapi itulah namanya ujian.moga kepahitan ini akan berakhir dengan kemanisan.semoga kepahitan ini memberikanku pengalaman baru untuk dijadikan senjata dan kekuatan di masa depan..amin....ya Allah..ujilah hati ini..moga aku sentiasa dalam pandanganMu..moga ujian ini akan mendekatkan lagi aku padaMu..
k mi kata hidup ini kita yang indahkannya.jadi jika kita mahukan hidup ini indah,corakkanlah dengan keindahan.maka indahlah yang kita dapat..terima kasih k mi.
aku belajar untuk menerima dengan sabar dan memafkan orang yang melakukan tuduhan tersebut.terima kasih kerana memberikan aku peluang mendapatkan pahala free..
aku diberi pengalaman dan ilmu baru hadiah dari Allah yang Maha Esa dan Maha Penyayang.belajar untuk menerima dan memafkan.belajar untuk terus tersenyum walaupun mata digenangi air mata..dan belajar untuk mengenali siapa kawan dan siapa lawan..
semoga buah kesabaran sentiasa bertambah dan bercambah di dalam raga jiwa yang dihiasi kelopak bungaan ketenangan...amin

Sunday, February 15, 2009
la TAHZAN..
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

aduhai iman
Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!
Andaiku pergi..
Andaiku Pergi
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com
Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com
Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu
ya allah..andainya ini ujianMu untukku,tabahkan hati ini menghadapinya..sesungguhnya ujian ini adalah hadiah dariMu.cuma aku yang tidak bersyukur lantaran suka mengeluh bila diuji Allah..
hati ini banyak lalai dariMu.mungkin ini adalah loceng amaran padaku untuk aku kembali dekat denganMu ya Allah...terima kasih ya allah.kerana sentiasa membunyikan loceng tatkala aku mulai lalai dariMu...
ya Allah..pimpinlah hati ini dalam agamaMu.tanamlah benih kesabaran agar aku terus tegar untuk hadapi setiap kerenah manusia..
bantulah aku ya Allah...
tunjukilah aku jalan yang lurus..
Amin

Friday, January 16, 2009
bahang PRK....
salam mardhatillah..
bahang prk kini kembali lagi memenuhi pelusuk ruang di UM..kali ini semakin dahsyat sehinggakan seolah-olah menghina agama Islam yang suci.isu rasuah,isu gate setiap kolej yang ditutup lebih awal dan semalam pula paling melampaui batasan kemanusiaan iaitu isu kepala khinzir yang diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam. untuk lebih info, layari laman web mahasiswakini.com..astaghfirullahalazim...begitu besar penghinaan terhadap taraf surau tempat ibadat dan munajat.apakah motifnya sukar untuk dijangkakan.namun setiap kejadian pasti ada hikmahnya.ada sesuatu yang Allah ingin berikan pada kita semua untuk diambil pengiktibaran dan tauladan.sama-sama kita renungkan dan analisiskan...
beginikah sikap mahasiswa/i sekarang??sanggup menggadaikan maruah agama sendiri yang telah Allah iktiraf sebagai agama yang paling suci demi kepentingan sendiri?ya Allah...tunjukkanlah petunjukMu kepada kami.permudahkanlah urusan setiap yang berjuang di jalanMu.amiin..
terkejut,marah,geram..dan semua perasaan berbaur menjadi satu apabila mendengar isu-isu ini.
sahabat-sahabat sekalian,undilah calon yang dirasakan terbaik.buatlah pertimbangan sewajarnya..semoga pilihan tersebut adalahpilihan yang terbaik...insyaalllah

Sunday, January 11, 2009
ya Allah..kuatkanlah hambaMu..
QUNUT NAZILAH
lafazkan dan ulang sebanyaknya qunut nazilah ini semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi buah-buah kekuatan buat perjuangan saudara islam kita di bumi Palestin..
Maksudnya :
"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." .Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

tanda-tanda kebohongan
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Ibn Syihab berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal yakni dalam perang, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan juga berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.” (Shahih Muslim)

kupu-kupu di tag...
kupu-kupu dah ditag oleh sahabatnya dari teratak rahsia lukisan hati.hehe.jenuh jugak nak cukupkan 7 item yang nina nak ni.dah lama ditag tapi baru sekarang boleh siap.maafkan saya ya cik nina sayang.hihi...ish2..sibuk betul si kupu-kupu ni...:)
1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda
#tenang wajahnya.emm bukan apa.biarlah sejuk di mata dan sejuk di hati bila
kupu-kupu pandang.
#tak hensem pun takpe.dan kalau boleh tak nak la yang hensem ni.sebab kupu-kupu
ni jeles sikit.penat nanti dia kena pujuk.ish2 apalah kupu-kupu ni.hihi
#sama macam nina.mg bakal suami yang akan dijadikan kekasih ni boleh terima
kupu-kupu dan keluarganya seadanya.kupu-kupu terlalu banyak kurangnya.jadi dia
mesti bersedia untuk terima setiap kekurangan itu setelus dan sejujurnya.
#suka senyum..sebab senyum kan sedekah.nanti nak sedekahkan dia ngan senyum yang
banyak dan nak terima sedekah senyum darinya sepanjang hayat.moga berpanjangan
juga senyuman tu ke negeri akhirat yang jauh lebih kekal abadi.
#nak tengok iman,mungkin suatu yang sukar sebab kita selalu tertipu dengan
penampilan luarannya sahaja.jadi kupu-kupu mengimpikan seorang yang istiqamah
dalam solatnya dan insyaallah semuanya akan terpancar melalui cahaya di wajahnya
yang qurrata a'yun sebagaimana ciri-ciri yang pertama dalam senarai.hihi..
#suka tengok orang ada lesung pipit.tapi kalau tak dapat pun takpe.hihi
#suka orang yang selalu nasihatkan kupu-kupu,tak segan nak tegur bila kita
salah.sebab kadang-kadang ada sesetengah tu bila dah sayang,takut nak tegur
silap kita.alasannya untuk menjaga hati.rasanya itu tidak menepati syarat orang
yang berkasih sayang kerana Allah.tapi jangan la tegur depan-depan orang lain
sebab kupu-kupu ni cepat je berubah air mukanya dan sekaligus terpancarlah
emosinya di kala itu.hehe.tegurlah dengan cara yang paling berhikmah.kerana
kelembutan adalah lebih sesuai.
2. 7 lelaki / wanita yg pernah anda minati.
#first sekali mesti la Rasulullah SAW..
#abah yang tersayang
#ketiga ni...emm...someone dalam kenangan..hihi
#keempat hingga ketujuh mestilah suami yang akan dijadikan kekasih dan telah sah
di sisi syariat.hihi..coming soon la agaknya.soon bila pun tak tau.:)
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
yang ni macam tak berkaitan.jadi tak boleh dijawab kecuali setelah keluar
bersamanya bila dah sah dalam akad.hihi
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
#mekah al mukarramah
#kampung kupu-kupu dan kampung dia.tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
kampung halaman sendiri.hihi.mengarutnya kupu-kupu ni.
#suasana bila hujan dan selepas hujan.walaupun kupu-kupu susah nak terbang bila
hujan,tapi nak manfaatkan masa tu dengan dia tengok hujan dan suasana segar
lepas hujan sama-sama.kupu-kupu berangan lagi.hihi
#tempat lahirnya huffaz
#rumah anak yatim
#taman kupu-kupu dan rama-rama.hihi
#tempat yang dia pernah jatuh dan tempat di mana dia bangkit semula
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
#Al-Quran
#hati yang sarat dengan kasih sayang.hihi.jiwangnya kupu-kupu
#buku-buku
#tulus dan telus
#anak-anak yang soleh solehah insyallah
#masakan dan hasil air tangan sendiri
#senyuman yang tak lawa tapi lahir dari keikhlasa.hihi
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
tak reti nak nyanyi.hehe.jadi kena bukak lapatop atau radio bagi dia
dengar.hihi.semua lagu pun boleh ditujukan.hihi
.::Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia ini tidak boleh dilihat..tidak boleh dipegang..Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati::.

Saturday, January 10, 2009
luahan rasa kupu-kupu
kupu-kupu makin menjauh dari terataknya.em..kenapa ya?nak dikatakan sangat sibuk tu tak juga.nak kata tak sibuk pun tak juga.tapi mungkin disebabkan pengurusan masa yang masih di tahap yang kurang memuaskan..apapun kupu-kupu akan terus berusaha untuk lebih maju ke hadapan dengan menoleh sedikit ke belakang sebagai mengambil pengiktibaran agar tidak mudah jatuh lagi bila mula melangkah untuk entah kali yang ke berapa.
hampir tiga tahun berkampung di Universiti Malaya, terlalu banyak kenangan dan pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui.kadang-kadang pengalaman orang lain pun boleh kita jadikan panduan untuk kita lebih berhati-hati dalam mencorakkan kehidupan kita.kita selalu dengar orang kata pengalaman itu guru paling baik pada kita.tapi bagaimana pengalaman boleh jadi guru kita sekiranya setiap yang berlaku tidak dihayati,didalami dan tidak dikaji sedalamnya.mampukah kita untuk mencapai hikmah di sebalik kemanisan sebuah pengalaman pahit tu?
kawan...sahabat..rakan..
berada di sini,kupu-kupu mengenali apakah maknanya setiap istilah di atas.antara kawan,sahabat dan rakan serta perkataan lain yang sama waktu dengannya,siapakah sebenarnya yang kita mahukan.tentunya orang akan menjawab mahukan seorang sahabat kan.bahkan selalu kita dengar seorang sahabat lebih baik daripada mendapat sepuluh kawan.emm..agaknya kenapa ye?
kupu-kupu terbang lagi menerjah awan mencari apa ertinya sebuah persahabatan.beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya dan berlegar-legar mencari jawapan.kupu-kupu penat mencari jawapan untuk setiap soalan yang ada..ya Allah..kuatkan aku untuk terus berjuang...
-perlukah berbohong dan menipu dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain?
-kenapa ada kawan yang dah terang lagi bersuluh dia bersalah,tapi masih lagi tegar mencari alasan untuk menyalahkan orang lain?
-adakah cukup seribu alasan untuk menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri?
-bila ada orang berjanji dengan kita,tapi sengaja melanggar janji dan kurang usaha untuk menunaikan janji itu...what should we do?
............banyak lagi persoalannya.to be continued..................
kesimpulan pertama yang dah tersimpul..
"
ya Allah..tenangkan hati-hati ini dalam meneruskan ujianMu..teruslah uji hati-hati ini andai dengan ujian yang kau hadiahkan ini dapat membawaku untuk terus dekat padaMu ya Allah..pimpinlah hati ini untuk terus berada di dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangMu...

untuk mendapat sahabat dan kawan yang baik,langkah pertama ialah berusaha untuk tampil sebagai sahabat dan kawan yang terbaik dulu untuk diri sendiri"
ya Allah..tenangkan hati-hati ini dalam meneruskan ujianMu..teruslah uji hati-hati ini andai dengan ujian yang kau hadiahkan ini dapat membawaku untuk terus dekat padaMu ya Allah..pimpinlah hati ini untuk terus berada di dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangMu...
Subscribe to:
Posts (Atom)