Friday, November 14, 2008

assalamualaikum..

senyum...senyum..dan senyum tanpa berhenti..
emm..sebelum teruskan ngn entri ni...meh kita sama-sama senyum sambil nyanyi lagu ye

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum..ku tersenyum..
kemesraan menguntum..

senyum..
kepada semua..
senyumanmu amatlah berharga..

senyum..
membahagiakan..
dengan senyuman terjalinlah...ikatan..


tepukan untuk diri sendiri.hehe.emm..sebenarnya sengaja sy mulakan entri ni ng isu senyum ni.bukan apa.kadang-kadang bagi sesetengah orang,susah betul nak tengok dia senyum.macam 1 iklan yang kita pernah dengar "bukan kene bayar pun alau angkat tangan"..tapi saya nak modified sikit ayat tu. "bukan kene bayar pun kalau SENYUM"...

senyum sendiri bila mengingatkan yang saya ni tak pernah pun bercita-cita nak ada blog sendiri.tapi suka baca n bookmark blog orang lain yang dirasakan bermanfaat.tiba-tiba 25 0ktober 2008,Allah gerakkan hati saya nak create blog sendiri.dulu selalu fikir macam mana la para blogger ni dapat idea n rajin plak tu taip kat sini. emm..tak sangka betul.tapi tu la.hidup ini memang memungkinkan segalanya..


kadang-kadang,kita merancang untuk lakukan satu-satu bende.tapi kita takde peluang pun nak laksanakan bende yang kita rancang tu kan..kadang-kadang apa yang kita tak pernah terpikir tu la yang kita dapat...yang pasti terlalu banyak kadang-kadang dan sometimes yang kita jumpa kat bumi Allah ni..yang pasti..setiap kadang-kadang tu sentiasa beri kita sesuatu.tak banyak pun, walau sikit mesti ada kan.


tarikh 25 oktober 2008 ni buat saya terharu dan berada dalam kebetulan yang tak terjangka.nak tau kenapa?

tarikh ni adalah tarikh lahir blog saya. kebetulan tu plak sama ngan sahabat saya yang paling rapat masa sekolah menengah dulu..nor nina wati ngah.hehe.maaf nina.sengaja sebut nama nina.hehe.jadi tahun depan,saya aka raikan tarikh lahir ni bersama-sama ngan sahabat saya ni..

emm..sebenarnya hari ni adalah paper terakhir yang saya duduki untuk semester ni.dalam keadaan demam,sakit kepala,dan selsema,alhamdulillah saya mampu juga habiskan paper terakhir ni.

terima kasih ya Allah..atas kekuatan yang Kau pinjamkan buatku..
terima kasih mak n abah atas semangat dan doa yang tak putus untuk puteri sulung kalian..
terima kasih buat adik-adik kak long yang sentiasa menceriakan hidup ni
terima kasih sahabat-sahabat kerana sentiasa bersama dalam menghadapi dugaaan n cabaran meniti kehidupan meniti alam kedewasaan..
terima kasih buat yang sentiasa mendoakan..doa khusus (terima kasih bunga jordan) n doa umum
terima kasih buat semua muslimin muslimat..
dan..terima kasih buat someone yang dah jadi kenangan(mungkin)...
seterusnya....terima kasih untuk semua...

saya tinggalkan entri ni ngan kata-kata di bawah ye.malam ni praktis jadi suri rumah tangga..banyak kerja yang perlu diselesaikan.maklumlah hujung semester ni..


bahagia itu bukan milik orang sembarangan...tapi milik insan yang berusaha untuk dapatkan bahagia..

barakallahufiq..

No comments:

Post a Comment